Neelofa buka butik tudung di Kuala Lumpur

Neelofa buka butik tudung di Kuala Lumpur

3 Feb – Rasanya belum terlambat lagi untuk kami di TUPAI mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pengacara jelita Neelofa, yang baru sahaja membuka butik tudungnya di Kuala Lumpur.

Siapa yang tidak tertarik dengan setiap tudung yang digayakan oleh selebriti cantik manis ini? Pasti ramai wanita mengidamkan tudung yang terletak lekap di kepala seperti yang digayakan oleh Neelofa sendiri.

Naelofar Hijab daripada Neelofa ini, sudah memulakan perniagaan sejak September tahun lalu secara kecil-kecilan dan melalui perniagaan dalam talian.

Bermula dengan perniagaan di laman Instagram, dan ramai agen yang terlibat dalam penjualan tudung Neelofa ini, akhirnya, Neelofa membuka butik tudungnya sendiri untuk pelanggan setianya.

Apa yang pasti dengan pembukaan butiknya itu, pelanggan akan lebih berpuas hati dengan pemilihan jenis kainnya dan warna mengikut citarasa masing-masing.

Memang ramai yang berpuas hati dengan tudung keluaran Neelofa ini kerana ianya selesa dan mudah untuk digayakan tanpa perlu mengambil masa yang lama.

Ia juga sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk berhijab kerana ianya mudah untuk digayakan dan kelihatan cantik tanpa perlu menokok tambah gaya pada tudung.

Pada mereka yang ingin mendapatkan tudung dari Neelofa ini, anda boleh terus ke butik Naelofar Hijab di Jalan Wan Kadir, TTDI, Kuala Lumpur.

[Sumber Foto: InstagramNaelofar Hijab]