Pak Din Nasi Kukus: Betul ke nasi kukus ni terbaik di Bangi?
Dah nama pun nasi, nasi kukus dan nasi ayam penyet sering digabungkan dalam kategori yang sama. Walau bagaimanapun, kedua-duanya adalah hidangan yang berbeza (tetapi tetap enak).
Nasi kukus merupakan nasi yang dikukus dalam kain muslin atau pengukus, menghasilkan tekstur yang gebu dan beraroma. Jadi, berasal dari Bangi, saya selaludengar tentang Pak Din Nasi Kukus dan reputasinya sebagai nasi kukus TERBAIK di Bangi.
Di Google pun, pelanggan-pelanggan setia mereka turut menyuarakan sentimen Pak Din sebagai nasi kukus terbaik di Bangi. Saya kemudiannya menuju ke Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di mana gerai ini terletak di antara beberapa gerai lain. Walaupun baru pukul 12 tengah hari, gerai itu agak sesak dengan pengunjung dari kawasan perumahan dan klinik berhampiran.
Apa yang saya makan di Pak Din Nasi Kukus
Nasi kukus di gerai ini biasanya dihidangkan dengan nasi, kuah, sambal dan pilihan ayam goreng atau ayam bakar. Selain itu, anda boleh memilih item tambahan, sama ada begedil, ikan keli berempah atau ayam kunyit.
Saya pilih satu paket ayam goreng dan satu lagi dengan ayam bakar. Saiz hidangan nasi bagi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah (RM9) agak banyak. Oleh kerana ia dibungkus, saya diberi sebungkus kecil kuah dan sambal. saya tak puas hati dengan paket kecil sambal dan kuah yang diberi kerana kuantitinya tidak padan dengan nasinya yang banyak.
Dari segi rasa, keseluruhan hidangan sebenarnya rasa padu dan lazat, tetapi kuahnya dihidang terbukti menjejaskan rasanya . Ayam goreng mereka sangat rangup, lembut dan sesuai dengan nasi kukus tersebut. Akan tetapi, penggemar ayam kunyit mungkin akan sedikit kecewa dengan kualiti lauk tersebut.
Star of the show di Pak Din ialah Nasi Kukus Ayam Bakar (RM9)! Dipanggang dengan sempurna, ayam itu rangup di luar dan dagingnya lembut sehingga cair di dalam mulut saya. Betapa sedapnya ayam ni sehingga saya beli seketul lagi sebagai tambahan!
Walau bagaimanapun, saya benar-benar tidak berpuas hati dengan begedilnya. Begedil yang asli harus mempunyai unsur rangup sambil mengekalkan kelembutan kentang. Tekstur Begedil ini kelihatan tidak sesuai dan saya mendapati diri saya bergelut untuk menghabiskannya.
Fikiran akhir
Jadi, adakah Pak Din Nasi Kukus terbaik di Bangi? Pada pendapat honest-honest saya kan? Tidak (Orang Bangi, jangan marah ye!). Saya pernah cuba nasi kukus yang lebih baik di sekitar Petaling Jaya. Bagaimanapun, Pak Din adalah pilihan yang paling jimat bagi mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan Bangi.
Jika anda tinggal di KL, saya cadangkan anda untuk mencari nasi kukus yang lebih baik. Kalau jumpa, jangan lupa untuk rekomen pada kami ye!
Jangkaan pembayaran: RM10 – RM20 setiap orang
The post Pak Din Nasi Kukus: Betul ke nasi kukus ni terbaik di Bangi? appeared first on SETHLUI.com.