Fasha Sandha lega filem "Penanggal" berjalan lancar

Shukri Shaharudin
Fasha Sandha lega filem "Penanggal" berjalan lancar

28 Nov – Pelakon jelita Fasha Sandha lega penggambaran filem bergenre seram "Penanggal" berjalan lancar apabila tiada gangguan makluk halus atau perkara mistik berlaku.

Menurut Fasha, filem "Penanggal" yang dibintanginya ini melibatkan lokasi penggambaran di dalam hutan dan menjalani penggambaran pada waktu malam yang mana memerlukannya sentiasa tenang agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Ini filem seram saya yang kedua sebelum filem "Gong". Saya biasa juga dengar rakan artis lain yang kalau mereka 'shooting' filem seram, lebih-lebih lagi dalam hutan atau rumah kosong, ada yang kena ganggu tetapi syukur sepanjang penggambaran tak ada terjadi perkara pelik". Ujarnya ketika diteui pada malam preview "Penanggal" di ECurve baru-baru ini.

Sementara itu, Fasha,29, menyedari ada beberapa babak dia dalam filem ini terpaksa dipotong tetapi selepas mendapat penjelasan daripada pengarah Ellie Suriati Omar beliau dapat menerimanya.

Ibu kepada Putra Rayfal Ramli ini bukan peminat seram tetapi dia menyahut cabaran untuk membawa watak gadis Arab bernama Sharifah Zahrah yang mana ada beberapa babak yang memaparkan keseksian aktres itu dalam mengenakan busana Arab.

Filem terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance ini memulakan penggambaran di sekitar Kuala Kangsar, Perak pada Disember 2011 sehingga Januari 2012 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Ariffin, dan ramai lagi ini bakal menemui penonton pada 28 November 2013.

Dalam perkembangan lain, Fasha bakal muncul dengan drama terbaru "Racun Ibu" di TV3 selain tidak menolak kemungkinan bakal berlakon untuk filem sambungan "Cicakman".