DFKL sedia platform bakat baru, iktiraf drama tanah air

DFKL sedia platform bakat baru, iktiraf drama tanah air

12 Feb - Sebagai mencipta platform untuk memartabatkan industri drama tanah air, TV3 dan TV9 mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar di malaysia iaitu Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).

Selain menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, penulis skrip, komposer dan pelakon amatur hinggalah ke profesional, DFKL bakal menjadi platform untuk mencungkil pelapis-pelapis baru yang bakal memacu masa depan industri drama tanah air.

Menariknya, acara yang dihargai oleh L'Oréal Paris sebagai penaja utama bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Februari ini akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah sesi pembentangan idea produksi TV khas L'Oréal Paris. Selain itu, orang ramai yang membeli produk L'Oréal Paris pada hari tersebut boleh mendapatkan akses khas bagi sesi ujibakat lakonan.

"L'Oréal Paris sangat berbangga menjadi penaja untuk acara yang julung-julung kalinya diadakan di mana ia juga sebagai salah satu tanda sokongan kami dalam memupuk artis-artis baru, penerbit dan pengarah di dalam industri seni tanah air," ujar Pengarah Pemasaran L'Oréal Paris, Goh Sa Ki.

Sehubungan dengan itu juga, L'Oréal Paris akan mengadakan pertandingan iaitu untuk menerbitkan karya paling kreatif dalam sebuah produksi iaitu 'L'Oréal Paris Revitalift Dermalift' dan 'L'Oréal Paris Extraordinary Oil'. Idea dan karya daripada empat pemenang utama akan diterbit dan disiarkan di TV3 selain bakal mebawa pulang hamper bernilai RM1,000 manakala enam pemenang saguhati akan menerima hamper bernilai RM500. Untuk mendapatkan maklumat lanjut pertandingan ini bolehlah melayari laman sesawang rasmi www.dfkl.com.my atau www.facebook.com/lorealparismalaysia .

Acara kemuncak untuk DFKL pula akan dimeriahkan lagi dengan penganjuran Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 2 Februari 2014 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, di mana kesemua drama-drama pilihan penonton yang disiarkan di TV3 dan TV9 akan dipertandingkan.

Sebanyak 7 kategori akan dipertandingkan iaitu 'Drama Pilihan', 'Pelakon Lelaki Pilihan', 'Pelakon Wanita Pilihan', 'Pengarah Pilihan', 'Penulis Skrip Pilihan', 'Barisan Pelakon Pilihan' dan 'Hero & Heroin Pilihan' serta satu anugerah khas, 'Drama Pendek Terbaik' yang telahpun berlangsung di www.veedo.my sepanjang November 2013 hingga Februari 2014.

Anugerah DFKL akan menggandingkan pengacara Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad dan akan menampilkan persembahan dari kumpulan Bocey, Dayang Nurfaizah, Drama Band, Aiman Hakim Ridza, Hyper Act, Jacyln Victor dan Black Hanifah.

Bagi mengiktiraf drama-drama pilihan penonton sepanjang tahun 2013, TV3 dan TV9 akan menganjurkan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 22 Februari ini.