Suami pukul isteri marah kerana anak enggan ikutnya

The Malaysian Insider15 August 2013
Suami pukul isteri marah kerana anak enggan ikutnya

Suami di dalam klip video yang dilihat memukul isterinya di dalam lif di hadapan kedua-dua anaknnya marah kerana anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar.

Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam di Pulau Pinang berkata, suami memintanya memberi kefahaman kepada  anak mereka yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," kata mangsa dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 36 tahun itu mempunyai tiga anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun.

Menceritakan mengenai kejadian itu, wanita itu berkata, suaminya ke hospital untuk menziarahi anak sulung mereka yang sakit demam panas.

Katanya,  suami memintanya untuk memujuk anak supaya keluar dengannya,tetapi tidak berjaya.

“Semasa di dalam lif, dengan tidak semena-mena, dia memukul dan menendang saya tanpa henti dan berkata, ‘jumpa kau di mahkamah syariah’.”

Wanita itu mengalami bengkak di kepala, kaki lebam dan sengal akibat ditendang ketika keluar dari lif.

Sementara polis sedang mencari lelaki yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam, Georgetown, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mazlan Kesah, berkata suspek berusia 36 tahun itu adalah penjawat awam dan bekerja di Jerantut, Pahang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita, semalam. – 15 Ogos, 2013.

What Color Is Your Personality?

Open your mind and find out how color affects your life by taking the personality color quiz!

15 Cancer Causing Foods You Probably Eat Every Day

Do you eat any of these cancer causing foods? Number 13 may surprise you, Click Here!

Get This Once-In-A-Lifetime Deal Before It's Gone!

Get 4 Disney Movies For $1 With Membership. See Details. Exclusive Titles, Merchandise, Offers & Discounts. Plus, Free Shipping On Your Initial Order!

Flawless and Grommet Blush Swing Dress $48

$48 | Buy at Lulus.com

Wireless Home Surveillance for $9/Week

Secure your home for only $9/week and get a FREE wireless camera & security system valued at $850! Get info. ADT Authorized Dealer

Final Goodbye - 'She Was The Love of My Life'

Burt Opens Up Finally About Sally Relationship.