Shahrir tidak bertanding jawatan MT Umno - Bernama

The Malaysian Insider18 August 2013

Ketua Umno bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak berhasrat bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Anggota Parlimen Johor Bahru itu berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada kawasan Parlimen yang diwakilinya.

"Saya tidak ada menyimpan cita-cita untuk bertanding MT pada pemilihan kali ini kerana saya sibuk sebelah sini (kawasan Parlimen Johor Bahru). Saya rasa ramai lagi pemimpin peringkat pusat yang berwibawa mempunyai idea baharu dan lebih bertenaga bagi menerajui politik peringkat nasional," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Bahru di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini.

Pada masa yang sama beliau meminta mereka yang menawarkan diri untuk bertanding tidak berdendam sesama sendiri sama ada menang atau kalah.

"Dalam pertandingan, asasnya bukan kita mengukur diri sendiri tetapi mereka yang ramai mengukur diri kita," katanya. - Bernama, 18 Ogos, 2013.

Cher Fans Mourning

Cher fans were upset over the confusing hashtag mix-up that occurred on Twitter.

Hilton HHonors™ Card

Apply Today! Earn 50,000 Hilton HHonors™ Bonus Points. Terms Apply.

2016 Dodge Trucks

See what's new for Dodge for 2016! Search for dodge truck deals.

M&M'S® 75th Anniversary

Catch The Latest M&M'S® Commercial Celebrating Our 75th Anniversary!

Enclave of Estates in Chantilly

Estate Living - Upscale Amenities at Dawson’s Corner, From the upper $590s. Limited Homesites Remain.

Impressive Driving Range

Go the distance in America’s longest-lasting pickups with an impressive driving range and capability to spare.