MasterChef Malaysia musim kedua kembali

Nur Safina Othman
Cinema Online22 September 2012
MasterChef Malaysia musim kedua kembali

23 Sep – Selepas berjaya mencetuskan fenomena tersendiri pada musim pertama, kini "MasterChef Malaysia" musim terbaru kembali dengan memperkenalkan tema 'Dapur' Malaysia Ke Persada Dunia yang akan lebih memfokuskan penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Raqim Ahmad, program ini merupakan inisiatif Astro untuk mempromosikan makanan tempatan, sekaligus menaikkan nama Malaysia di mercu dunia.

"Bertepatan dengan tema yang dipilih, "MasterChef Malaysia" musim kedua ini bukan sahaja mengangkat seni kulinari Malaysia, malah ia turut meliputi bahan serta peralatan yang digunakan ketika persediaan.

"Kami juga menerapkan elemen Malaysia pada set studio agar membangkitkan semangat para peserta dalam menyediakan hidangan yang terbaik."

Ditayangkan pada setiap Sabtu hingga Khamis pada jam 9 malam di Astro RIA (Saluran 104), seramai 24 orang peserta terbaik yang berlatarbelakangkan seperti doktor, arkitek, penasihat kecantikan serta peninju tomoi telah dipilih bagi mengharungi beberapa siri rintangan serta penyingkiran sebelum mara ke peringkat seterusnya.

Skil masakan para peserta akan dinilai oleh tiga juri daripada "MasterChef Selebriti" iaitu Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.

Pemenang "MasterChef Malaysia" musim kedua bakal memenangi wang tunai RM100,000 dan peluang untuk tampil di pelbagai program anjuran Astro.

2016 Dodge Trucks

See what Dodge has in store for 2016! Search for Dodge Truck deals!

Grand Opening! New Planned Community Near Urbana

More space. Less Congestion. Big amenities. Single-family homes at Landsdale, an amenity-rich community in Monrovia, MD. From the low $400s.

A truck for every job

Offering up to 395 HP and up to 10,640 lbs max towing, the award-winning Ram 1500 is ready to take on your heaviest loads.

Hilton HHonors™ Card

Apply Today! Earn 50,000 Hilton HHonors™ Bonus Points. Terms Apply.