Cabaran mengarah filem "Puaka Balai Gombak"

Cabaran mengarah filem "Puaka Balai Gombak"

28 Jan – Pengarah filem "Puaka Balai Gombak", Waan Hafiz, memberitahu dia perlu melakukan kajian di lebih 10 lokasi seram yang popular di kawasan Lembah Klang sebelum memulakan pengambaran filem tersebut.

Menurut Waan, cabaran utama yang perlu dihadapinya ialah kebanyakan tempat seram tersebut tidak menepati apa yang di inginkan dan kurang menarik.

"Kami membuat kajian dan tinjauan di lebih 10 lokasi yang dikatakan paling seram di Malaysia, namun kebanyakkannya tidak sesuai untuk penggambaran dan tidak menarik.

"Sebagai contoh Balai Polis Gombak yang sudah lama ditinggalkan dan pada waktu malam cahaya bulan pun tak nampak kerana sudah dilindungi rimbunan pokok liar," ujar Waan yang ditemui pada pratonton filem "Puaka Balai Gombak" di TGV One Utama semalam.

Tambah Waan lagi, bukan mudah untuk melakukan tinjuan kerana terdapat beberapa lokasi seram yang tidak boleh dimasuki kerana memerlukan kebenaran daripada pemilik atau penduduk tempat tersebut.

"Ada lokasi yang merupakan kawasan persendirian yang memang tidak dibenarkan dan ada juga yang tidak mendapat kebenaran untuk masuk daripada penduduk di situ.

"Mereka enggan beri kerjasama dan tidak membenarkan kami melakukan penggambaran kerana mereka tidak mahu tempat itu menjadi perhatian orang ramai," katanya.

Jelasnya lagi, selepas melakukan tinjuan di beberapa lokasi, pihak produksi telah memilih tiga lokasi seram yang sesuai untuk pengambaran filem tersebut iaitu di Apartment Riviera II, sebuah banglo di Shah Alam dan Balai Polis Gombak.

Waan juga turut mengulas, bahawa banyak cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh pengambaran dan bukan mudah untuk mengarah filem seperti ini.

"Kita dekat sana nampak makhluk tersebut tetapi dalam kamera tak muncul pula. Itu yang susah. Bukan kita tak dapat gambaran tersebut, ianya memang wujud dan kamera tak pernah berhenti merakam,"katanya.