BN kekal menang di Parlimen Merbok - Bernama

The Malaysian Insider19 August 2013

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kawasan Parlimen Merbok selepas Mahkamah Pilihan Raya Alor Setar hari ini menolak petisyen difailkan calon PKR, Nor Azrina Surip yang mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kawasan itu.

Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen difailkan Nor Azrina 'cacat' kerana pempetisyen gagal mengemukakan fakta penting untuk menunjukkan tindakan boleh diambil terhadap responden.

"Petisyen ini cacat, fakta tidak lengkap. Saya juga tidak berhasrat membazirkan masa mahkamah untuk perbicaraan penuh. Pempetisyen juga tidak menyatakan responden pertama, kedua dan ketiga tidak mematuhi undang-undang pilihan raya yang mana.

"Mesti ada kaitan dengan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Mesti datang dengan fakta dan alasan yang lengkap," katanya.

Dalam petisyen itu, Nor Azrina menamakan Ahli Parlimen Merbok, Dr Ismail Daut dari BN sebagai responden pertama manakala Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Merbok sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.

Hadhariah memerintahkan pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada Ismail dan RM15,000 masing-masing kepada responden kedua dan responden ketiga.

Nor Azrina diwakili peguam Gooi Hsiao Leung, Ismail diwakili peguam Datuk Hashim Jahaya manakala responden kedua dan ketiga diwakili peguam persekutuan L Chandra Devi, Nurulhuda Nur'Aini Mohd Nor, Nik Mohd Noor Nik Kar dan Farah Azlina Latif. - Bernama, 19 Ogos, 2013.

It’s time to start working with a real work phone

The Galaxy S7 edge lets you work faster and smarter with expandable storage, edge panels, and water and dustproof certification.

Trade U.S. equities online for just $7.95.

Fidelity is lower than TD Ameritrade, Schwab, and E*Trade. Open an account today.

Melt away dirt, oil and makeup!

Try our one-step facial cleanser for the ultimate clean or our cleansing wipes for Purity on the go! Natural oil extracts condition and refresh skin.

Delta Reserve Credit Card

Earn Miles and MQMs with Miles Boost™. Learn More. Terms Apply.

An Exceptional Lifestyle in North Stafford, VA

The ONLY new townhomes in Stafford’s most desirable community, where the amenities and location = a terrific lifestyle. From the upper $200s.

Going independent doesn't mean going it alone

Hear how Schwab’s consultants help you navigate the RIA transition and build the business you want for your clients—and future. Watch the videos.